Kuala Lumpur, 30 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Syarif Temenggong Perlis Dato' Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah
Majlis Ekuin Malaysia (MEM) di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini tadi.
Keberangkatan tiba YAM Tengku Syarif Temenggong Perlis bersama YM Che’ Puan Temenggong Perlis Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din telah disambut oleh Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah sebelum diiring ke Bilik Tetamu KPN di Tingkat 31.
Intipati pertemuan tadi menyentuh mengenai peranan MEM dalam mempromosi dan menyelaras aktiviti berkuda di Malaysia, selain kerjasama yang dapat dijalinkan antara PDRM dengan MEM dalam sukan tersebut.
Hadir sama ialah delegasi MEM.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.