Kuala Lumpur, 1 Disember 2023 - Sebanyak 1,439 premis disyaki menjalankan jenayah komersil dan dijadikan markas sindiket penipuan diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejak Januari hingga Oktober tahun ini.
Ketua
Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid berkata, 1,023 individu disyaki terbabit dengan jenayah dalam talian dan sindiket penipuan ditahan menerusi serbuan di sekitar ibu negara, di sini bagi tempoh sama.
“Sebanyak 83 kertas siasatan dibuka membabitkan tangkapan "calling centre" dengan tangkap seramai 1,023 orang bagi tempoh Januari hingga Oktober.
“Selain itu, JSJK IPK Kuala Lumpur juga melaksanakan 2,549 operasi lain dalam usaha mengekang jenayah-jenayah komersil,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.