Menu

[UPDATE] KERATAN AKHBAR PILIHAN: REMAJA CUBA SAMUN PEMANDU E-HAILING DIDAKWA HARI INI

Sungai Petani, 3 Disember 2023 - Remaja lelaki berusia 13 tahun yang terbabit dalam kes cubaan samun seorang pemandu e-hailing di Taman Keladi, di sini Isnin lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan, berkata kes sudah dirujuk kepada pendakwa raya dan arahan pertuduhan sudah dikeluarkan.

“Remaja ini akan dituduh mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan esok (hari ini),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, satu klip video yang memaparkan tindakan seorang remaja cuba menikam pemandu e-hailing itu dipercayai sebagai cubaan samun dalam kenderaan di Taman Keladi di sini Isnin lalu, menjadi tular di laman sosial.

Pemandu e-hailing yang juga warga emas berusia 65 tahun itu bagaimanapun sempat menggigit tangan remaja berkenaan dan merampas pisaunya sebelum remaja berkenaan melarikan diri.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS