Putrajaya, 4 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Sambutan Setahun
Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI dan Perhimpunan Bulanan KDN di Auditorium Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, di sini.
Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri
(MDN), Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri oleh warga kementerian dan jabatan serta agensi di bawahnya.
Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi sebelum disusuli amanat oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah simbolik Penyerahan Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin Perkhidmatan Awam Peringkat KDN kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri sebagai inisiatif keprihatinan dan tanda sokongan warga KDN terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Ia kemudiannya diteruskan dengan sesi penyerahan Buku "Coffee Table” Pencapaian Setahun KDN MADANI oleh Datuk Hj. Ruji kepada Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Hadir sama adalah Timbalan MDN, Datuk Seri Dr.
Shamsul Anuar Hj. Nasarah, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.