Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BIMBANG HILANG TEMPAT BERGANTUNG PUNCA TAK LAPOR KES DERA, JENAYAH

Kuala Lumpur, 5 Disember 2023 - Hanya tiga daripada 10 kes membabitkan penderaan oleh ahli keluarga sendiri terhadap kanak-kanak yang dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Perkara itu diakui oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Encik Mohd Ali Taib yang menyatakan hanya jumlah itu yang tampil supaya tindakan diambil.
Ini kerana katanya, kanak-kanak cenderung berasa bersalah dan bimbang apa akan berlaku kepada ibu dan keluarga jika bapa ditangkap.
“Dalam satu kes di Johor, seorang kanak-kanak didapati hamil tujuh bulan selepas didera secara seksual oleh bapanya.

“Kes itu hanya dilaporkan selepas pemeriksaan kesihatan pihak sekolah mendapati gadis itu hamil.
“Apabila JKM menemu bualnya, dia menyatakan bimbang dengan keadaan ibunya sakit dan kebajikan keluarga jika bapanya tiada,” katanya pada Majlis Townhall Yayasan Chow Kit "Working Together To Enhance Child Protection", baru-baru ini.

Berucap pada majlis yang sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan, antara penyebab mangsa gangguan seksual enggan melaporkan kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu keluarga berdepan masalah. Ini menyebabkan mangsa gangguan seksual terutama membabitkan ahli keluarga berdiam diri.

Katanya, ini kerana pelaku mungkin pencari nafkah dalam keluarga dan mangsa tidak mahu kebajikan keluarga terabai.
“Walaupun ada kes dilaporkan dan pelaku didakwa, ia tidak menyelesaikan punca masalah kerana mereka tidak diberi penyelesaian kepada masalah itu.
“Memang kes dapat diselesaikan melalui undang-undang, tetapi untuk mangsa tiada, sedangkan ia perlu untuk kelangsungan hidup,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS