Jom dapatkan pengurangan saman trafik sehingga 50%! 


Hari: Jumaat sehingga Ahad
Tarikh: 8 sehingga 10 Disember 2023
Lokasi: Khemah nombor 2, Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (di belakang pentas utama)
Anda yang mempunyai saman terpilih boleh mendapatkan sehingga 50% pengurangan saman trafik, kecuali saman kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 yang melibatkan:
A) Saman kemalangan
B) Kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan
C) Kesalahan tidak boleh dikompaun. Contohnya: tiada lesen memandu, pandu tidak cermat, lesen tamat tempoh, kenderaan tiada insurans...
Nota: Orang ramai yang ingin membuat bayaran saman dinasihatkan untuk membuat semakan awal dahulu melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM bagi tujuan melancarkan proses pembayaran saman anda.