Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 - Meskipun hanya empat kes direkodkan dalam tempoh tiga tahun berkaitan kes kanak-kanak tertinggal di dalam kenderaan, namun ia membawa impak besar terhadap masyarakat.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini, hanya tiga kes dilaporkan berkaitan kes kanak-kanak tertinggal dalam kenderaan. Namun, kes ini beri impak besar kepada masyarakat.
“Apabila berlaku kejadian seperti ini, di peringkat awal siasatan, kita akan melihat jika ada elemen perbuatan cuai yang membawa kepada kematian,” katanya.
ACP Siti Kamsiah berkata, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kejadian tertinggal kanak-kanak di dalam kenderaan berlaku termasuk kepenatan.
“Apabila beban tugas bertambah, lazimnya kita mudah lupa perkara lain sekali gus menjadi faktor sesetengah individu boleh terlupa anak di dalam kenderaan.
Bacaan lanjut pada keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.