Menu

SAMBUTAN HUT PSP KE-68: KPN SEMPURNAKAN PERASMIAN MARKAS PANGKALAN PSP CHERAS

Cheras, 7 Disember 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini merasmikan Markas Pangkalan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Cheras di Dataran Kawad PSP Kuala Lumpur, di sini, sempena sambutan ke-68 tahun penubuhan pasukan itu dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali dan Komander PSP, SAC Mohd Said Ibrahim selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Markas PSP yang pada asalnya terletak di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), Jalan Semarak telah dipindahkan ke Cheras dengan kelengkapan fasiliti lebih baik. Markas baharu itu menempatkan Unit 1, Unit 4, Unit Berkuda PSP dan Terup Wanita serta blok pentadbiran, pengangkutan, dewan dan blok perumahan buat warga PSP.

“Dengan tersergamnya markas ini membuktikan manifestasi pengiktirafan Kerajaan terhadap peri pentingnya peranan PSP dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam sejak sekian lama,” ujar Tan Sri Razarudin dalam ucapan perasmian tadi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan pihak Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri yang telah meluluskan perolehan bagi PSP iaitu meliputi kelengkapan keselamatan anti riot (1,000 unit “protective armour body” dan 1,000 unit “gas mask”), 13 laras “sniper rifle” .22, 10 buah van tempur, empat buah kenderaan “float bonded truck”, penggantian 175 laras “riot gun” dan 10 ekor anjing rusuhan.

Tan Sri Razarudin turut berkongsi kejayaan PSP bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini apabila melakukan tangkapan terhadap 163 individu dan rampasan berjumlah RM31.8 juta bagi 41 kes melibatkan kesalahan penyeludupan kontraban, migran, ketum, mercun dan khazanah negara.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PSP atas kejayaan yang cukup membanggakan ini. Besarlah harapan saya, agar momentum kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” tambah beliau lagi.

Seusai ucapan, Tan Sri Razarudin kemudiannya melakukan tembakan ke arah papan sasaran dan menandatangani plak sebagai tanda Markas Pangkalan PSP Cheras dan Pangkalan Unit Berkuda PSP Cheras telah sempurna dirasmikan.

Terdahulu, hadirin dipertontonkan dengan persembahan pantomin penuh menyayat hati oleh para pegawai dan anggota PSP mengenai insiden rusuhan yang berlaku pada 26 Mac 1998 di Kem Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor sehingga mengorbankan seorang anggota PSP iaitu Allahyarham Sarjan Mohd Nosruddin Che Yeop.

Bagi mengenang jasa dan pengorbanan Allahyarham Sarjan Mohd Nosruddin, Tan Sri Razarudin dengan diiringi Pengarah Jabatan KDNKA bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan KDNKA, Datin Sri Fadziah Hj. Abdul Hamid dan Komander PSP serta isteri merangkap Pengerusi PERKEP PSP, Puan Norhatimah Md Deni telah menyantuni balu allahyarham iaitu Puan Solha Mat Hassan yang dijemput khas pada hari bersejarah ini.

Majlis diteruskan dengan penyampaikan Sijil Penghargaan KPN kepada para pegawai dan anggota PSP atas kecemerlangan tugas yang dipamerkan dalam menjaga kedaulatan negara serta ketenteraman awam selama ini.

Kemuncak majlis tadi ialah formasi berbentuk 68 oleh Pucuk Pimpinan Pasukan bersama para pegawai serta anggota sebagai simbolik 68 tahun penubuhan PSP.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato’ Fakhrul Hatta Musa, barisan Pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Negeri, Komander-komander, Ahli-ahli PERKEP serta para pesara polis.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Konstabel Muhamad Azri Mohd Sabri.

Mungkin imej ‎teks yang berkata '‎MAJLIS PERASMIAN MARKAS PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN CHERAS KUALA LUMPUR DAN PANGKALAN UNIT BERKUDA CHERAS KUALA LUMPUR DISEMBER 2023 IMRANANPER JALA וורון‎'‎

Mungkin imej 5 orang dan teks

Mungkin imej 9 orang dan teks

Mungkin imej 6 orang dan teks yang berkata 'POLIS'

Mungkin imej 4 orang dan teks

Mungkin imej 9 orang

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 11 orang, ambulans dan teks

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 1 orang, dais dan teks

Mungkin imej 15 orang dan ambulans


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS