Menu

PDRM TERUS MEMARTABATKAN PERANAN POLIS WANITA MELALUI JPPPW


Kuala Lumpur, 14 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkasa, menjaga kesejahteraan dan memartabatkan peranan polis wanita selari dengan aspirasi Kerajaan dan Pucuk Pimpinan Pasukan menerusi forum yang diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM KL, di sini, pagi tadi.

Forum anjuran Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW) yang dihadiri seramai 150 peserta dari seluruh jabatan dan kontinjen itu turut mengundang Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Rusyda Helma Mohd sebagai moderator bagi sesi forum bertajuk "Cabaran Dan Hala Tuju Ke Arah Kecemerlangan Polis Wanita Di Abad Ini'.

Ia disertai beberapa panel jemputan yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), CP Dato' Nerita Yaacob, Ketua Penolong Pengarah E9 (Penyelidikan & Keurusetiaan) Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato' Aida Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Polis Bantuan, Maju Holding Sdn Bhd, pesara DCP Dato' Aishah Mohamad.

Forum itu juga merupakan medium percambahan idea baharu melalui sesi perbincangan serta pertukaran pendapat ahli panel selain turut memberi pendedahan kepada peranan dan tanggungjawab dan cabaran yang bakal diharungi oleh semua polis wanita.

Majlis diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Hajah Nancy Shukri yang hadir merasmikan penutup seminar JPPPW Tahun 2023. Beliau diiringi oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim yang hadir mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.

Berucap dalam majlis perasmian penutup, Dato' Sri Nancy berharap agar JPPPW terus bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam menjayakan program-program kebajikan dan kesedaran jenayah yang difokuskan kepada wanita dan kanak-kanak.

Tambah beliau, JPPPW turut berkolaborasi dengan agensi di bawah KPWKM seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan menjalankan program Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCARE) khusus buat wirawati PDRM untuk menjalani Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA) dan Ujian Mamogram secara percuma.

Manakala CP Dato’ Sri Azmi dalam ucapannya berkata, Pasukan akan terus memperkasakan perkhidmatan polis wanita selari dengan aspirasi Kerajaan dan Pucuk Pimpinan PDRM dengan menetapkan pelan tindakan pembangunan polis wanita dilaksanakan secara terancang dan menyeluruh serta mempamerkan komitmen pengurusan tertinggi pelbagai peringkat dalam menyokong usaha-usaha untuk meningkatkan pembangunan polis wanita.

"Pasukan juga memperkasakan Op Cantas Khas Wanita sebagai 'benchmark' bagi memperlihatkan keupayaan, ketangkasan dan kewibawaan polis wanita seiring dengan polis lelaki dalam menangani jenayah di Malaysia", kata Dato' Sri Azmi.

Turut berlangsung majlis serah terima tugas jawatan Pengerusi JPPW antara Dato' Nerita dan Dato’ Aida dengan disaksikan oleh Dato’ Sri Azmi di hadapan para tetamu.
Hadir sama dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KPWKM, Chua Choon Hwa, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, SAC Datuk Suryani Sungit serta rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan L/Kpl Bryanlie Mustin

May be an image of dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 1 person, flower, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people, violin and dais

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 1 person, crowd, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 1 person, flower, dais and text

May be an image of 9 people, dais and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS