"Pada 13 Disember 2023 jam 11.00 pagi, terkesan satu video berdurasi 1 minit 40 saat mengenai kejadian seorang lelaki tempatan mengasari pekerja kedai telefon di Pagoh, Muar, Johor."
"Hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 12 Disember jam 1.10 petang, berpunca daripada ketidakpuasan hati pelanggan atas perkhidmatan yang diberikan lalu berlaku pertikaman lidah dan tindakan agresif oleh pelanggan terhadap jurujual
berkenaan."
"Kedua-dua pihak telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Muar. Kes tersebut telah disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.”
"Polis Daerah Muar menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap video tersebut yang boleh menimbulkan kegusaran awam. Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap kesalahan jenayah dan tindakan tegas berlunaskan undang-undang akan diambil."