Kuala Lumpur, 16 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memberi jaminan siasatan berhubung kes kemalangan membabitkan pelajar lelaki berusia 17 tahun maut dilanggar sebuah kereta dipandu pegawai kanan polis, di Meru, Ipoh semalam dijalankan secara telus dan adil.
Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan berkenaan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh,
Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.
“Saya beri jaminan siasatan kes ini dijalankan secara telus dan adil walaupun kes ini membabitkan seorang pegawai kanan polis berpangkat DSP yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah,“ katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pada masa sama, beliau meminta orang awam yang melihat kejadian terbabit dan mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan.
Bacaan lanjut menerusi pautan berikut,