Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: DATANG KL UNTUK 'TEST' KELAJUAN MOTOSIKAL MILIK PELANGGAN

Kuala Lumpur, 18 Disember 2023 - Sanggup datang ke ibu negara dari Puchong, Selangor bersendirian untuk menduga kelajuan motosikal yang diubah suai, namun tindakan itu hanya menjerat diri selepas ditahan polis di sini pada Ahad.

Difahamkan, pemuda yang bekerja sebagai mekanik itu ditahan kira-kira jam 2 pagi menerusi Op Motosikal oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur (KL).

Sinar Harian yang menyertai operasi terbabit mendapati pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Aidil, 21, mendakwa motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggangnya ialah milik pelanggannya.

"Motosikal ini sudah diubah suai ekzos, brek belakang serta enjin dengan modal kira-kira RM7,000 dan boleh capai kelajuan hingga 200 kilometer sejam.

"Saya datang seorang ke Kuala Lumpur ini untuk 'test' motosikal. Saya reda ditahan, saya sudah hubungi pemiliknya untuk jelaskan kes ini,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi di sini pada Ahad.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 7 people, slow loris and text that says 'Puchong Datang KL untuk 'test' kelajuan motosikal milik pelanggan LUMPUR Sanggup negara menduga kelajuan tindakan polis Ahad. pemuda (JSPT) (tiga, menurjukkan sebuah motosikal yang operasi polis negara. nyaksikan hingga semasa 'membunuh seorang tumpuan penunggang Seorang penunggang motosikal menerima surat operasi reda hubung modifikasi dalam aduan percaya bahawa bunyi menerusi Ahad. ta- pagi tindakan Sultan Kuala Ismail Jalan malam polis namun membuat moto- ekzos tindakan melawan arus, perkata, pihaknya tiga terbabit sahaia motosikal disita'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS