Petaling Jaya, 19 Disember 2023 - Polis masih berusaha mencari petunjuk dan bukti baharu berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan masih dijalankan di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini pada Isnin.
“Siasatan masih diteruskan, setakat ini, kita belum menjumpai apa-apa pertunjuk," katanya ringkas ketika dihubungi pada Isnin.
Memasuki hari ke-12 kes pembunuhan Zayn Rayyan pada Isnin, sepasukan anggota torensik masih menjalankan siasatan di Blok R apartment berkenaan yang disyaki lokasi terakhir kanak-kanak malang itu dilihat sebelum dilaporkan hilang.