Menu

VIDEO TULAR: INDIVIDU MEMBUAT PROVOKASI DI KAWASAN RUMAH

"Polis Daerah Johor Bahru Utara telah mengesan satu video berkenaan pergaduhan mulut antara jiran di sebuah apartment di kawasan Taman Universiti, Skudai.”
"Pihak polis telah menerima laporan polis berkaitan kejadian tersebut pada 17 Disember lalu dan hasil siasatan, insiden berlaku pada 8 Disember 2023 jam lebih kurang 12.30 malam berpunca daripada perselisihan faham akibat bunyi bising sehingga menimbulkan ketidaksenangan penghuni lain.”

“Kes telah disiasat di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”

“Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini agar menyalurkan kepada Pengawai Penyiasat, Inspektor Jeffri Joni di talian 011-6514 1322.”

Sumber kenyataan: Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS