Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS TRAFIK KL BERI PENGAJARAN, DIDIK MAT REMPIT TUKAR EKZOS BISING DALAM BALAI

Kuala Lumpur, 22 Disember 2023 - Polis Trafik Kuala Lumpur (KL) mempunyai cara tersendiri untuk mendidik lebih 60 mat rempit yang gemar mengenakan ekzos bising pada motosikal apabiia mengarahkan mereka menukarkannya di dalam balai semalam.
Difahamkan, kos setiap ekzos bising yang dibeli ialah antara RM300 hingga RM800 siap pasang.

Kesemua mat rempit itu diberkas dalam Operasi Motosikal/Samseng Jalanan bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar di beberapa lokasi di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd. Salleh berkata, mat rempit itu diarahkan datang semula ke balai polis untuk menukar semula ekzos standard selain menjalani pemeriksaan dengan JPJ jika mahukan semula motosikal mereka.

"Mereka bukan sahaja bakal dikompaun, malah berdepan dengan beberapa kesalahan seperti menanggalkan brek belakang dan mengubah suai komponen lain,” katanya.
Menurut ACP Sarifudin, polis meminta kerjasama JPJ menjalankan pemeriksaan sama ada motosikal yang diubah suai itu layak berada di atas jalan raya atau tidak.

"Mereka perlu bawa dan tukar ekzos kepada bentuk asal sebelum dibenarkan bawa balik. Motosikal yang tidak mempunyai brek belakang, pemiliknya perlu menjalani pemeriksaan motosikal dengan JPJ sebelum dibenarkan bawa pulang," katanya pada sidang akhbar khas di sini semalam.

Dalam pada itu, ACP Sarifudin menyatakan kebimbangan apabila semakin ramai mat rempit yang bukan sahaja memasang ekzos bising, malah membuang brek belakang yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Difahamkan, brek itu dibuang supaya dapat menjadikan motosikal lebih ringan dan mencapai kelajuan pada tahap maksimum.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 3 people, slow loris, motorcycle and text that says 'Kosmof 22.DISEMBER 2023 Negara! 17 Polis Trafik Mat rempit suka buat bising dapat pengajaran berguna Tukar ekzos bising dalam balai polis Oleh AZMI NORDIN ekzos bising. malah membuang neto KUALA LUMPUR nyawa sendiri bising pada mengaral menukarkannya. hingga RM800 sapp Kesemua dibuang lebih ringan Jabatan motosikal Komisioner SEORANG diberkas menukar ekzos dengan standard Lumpur Polis kesalahan bela- penung. atau bukan malah berdepan telah kerjasama bawa sikal dengan JPJ narkan atas sebelum libenarkan jalan tiada katanya akhbar khas tempoh. menjalani pemeriksaan Sartfudin kebimba memaklumkan yang sahaja memasang setakat melibatkan Disember'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS