Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP BERSEPADU: ENAM PEMBURU WARGA ASING DITAHAN

Kuala Lumpur, 24 Disember 2023 - Tidak kenal erti serik biarpun kerap kali ditangkap. Itu sikap keras kepala ditunjukkan geng ‘gerila’ warga Vietnam yang masih berani menceroboh masuk hutan negara ini.

Rata-rata mereka menggunakan taktik menyamar sebagai pelancong asing bagi menjalankan aktiviti memburu hidupan liar dilindungi terutama harimau dan beruang.

Terbaru seorang pemburu haram warga Vietnam ditahan sepasukan anggota Renjer Komuniti Pos Dada Kering, Pahang, kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan jam 9.30 pagi di Taman Negara Pahang di Merapoh, Kuala Lipis.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek menemui pasport dan guni berisi peralatan memburu.

“Bagaimanapun tiada trofi atau hidupan liar ditemui pada suspek. Lelaki itu dibawa ke Balai Polis Merapoh untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ini adalah tangkapan terbaru selepas Pasukan Taktikal Khas Perhilitan (SPARTA) dan anggota 69 Komando Polis Diraja Malaysia memberkas tiga pemburu haram Vietnam berhampiran Kampung Sungai Charu, Panching, Pahang di sini, awal bulan lalu.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 7 people and text that says 'TAK SERIK CEROBOH HUTAN SIMPAN 6 PEMBURU WARGA ASING DITAHAN Oleh berisi peralatan membu- Hasil tangkapan Perhilitan anbia@hmetro.com.my Kuala Lumpur kenal ourung aram Semua 1gg terbabit lanjut. tindakan Ketua Pengarah warga Vietnam Myanmar hutan simpan Pahang. Bagaimanapun tiada trofi atau hidupan ditemui pada suspek Abdul Kadir GUNIberis peralatan memburu dirampas.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS