Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE IPK KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 27 Disember 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Kunjungan beliau telah disambut mesra oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Azry Akmar Dato’ Hj. Ayob sebelum dibawa menandatangani buku pelawat.

Hadir sama, Timbalan Pengarah II (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT Bukit Aman, ACP Shafiei Mohd, Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Saleh bersama timbalannya, Superintendan Zulkafli Che Lah.

Sumber: Polis KL

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS