Putrajaya, 28 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan ke Majlis Malam Simfoni Kasih 2023 yang diadakan di Hotel
Marriott, di sini, malam tadi.
Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan
Iskandar Al-Haj dan disambut oleh Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Hj. Nordin Hj. Muhamad bersama isteri, Datin Hjh. Zihana Mohd Zin merangkap Yang Dipertua Persatuan Isteri, Anak dan Anggota Serta Kakitangan Wanita Penjara (PERSIAP) Malaysia.
Dalam majlis sama, warga kerja Jabatan Penjara Malaysia dan penghuni penjara di seluruh negara berpeluang mempersembahkan hasil tangan mereka yang diperbuat daripada fabrik Tenun Pahang Diraja, songket dan batik. Turut berlangsung penyampaian Anugerah Tokoh Kebajikan kepada kakitangan dan penghuni penjara yang disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong.
Hadir sama, Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, barisan Timbalan Ketua Setiausaha KDN bersama isteri, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis
Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Prihatin Nasional, Prof. Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Presiden Persatuan Sahabat Penjara Malaysia, Tan Sri Dato’ Azman Hashim.