Menu

ARTIKEL PILIHAN: POLIS SIASAT EMPAT KES SELEWENG DUIT ZAKAT RM9.7 JUTA

 
Kuala Lumpur, 4 Januari 2024 - Polis menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan wang zakat bermula Mac hingga September 2023.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes itu antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat sepanjang tahun lalu.

Katanya dua kes lain direkodkan di Selangor diikuti satu kes di Terengganu selain satu kes di Perak itu dengan jumlah keseluruhan kerugian berjumlah RM9.71 juta.
"Kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM9,629,682.00 selepas disyaki gagal mendepositkan wang kutipan zakat dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

"Siasatan masih dijalankan dan terdapat individu yang akan dipanggil dalam masa terdekat," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut,


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS