Kuala Lumpur, 4 Januari 2024 - Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 156,029 kes jenayah komersil dicatatkan sepanjang lima tahun lalu bermula 2019 hingga 2022 membabitkan nilai kerugian mencecah RM14.3 bilion.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, analisis menunjukkan jumlah kes jenayah komersil meningkat saban tahun
dengan peningkatan 53.2 peratus direkodkan pada 2023 berbanding lima tahun lalu.
Beliau berkata, pada 2019, sebanyak 26,330 dicatatkan membabitkan kerugian RM6.2 bilion dan kes meningkat pada 2020 dengan 27,323 kes membabitkan kerugian RM2 bilion, seterusnya 31,490 kes direkodkan pada 2021 dengan kerugian RM2.2 bilion.
"Bagi tempoh 2022, jumlah kes terus meningkat kepada 30,536 dengan kerugian RM1.7 bilion dan angka melonjak pada 2023 dengan 40,350 kes membabitkan kerugian RM2.1 bilion.
"Dari aspek nilai kerugian, sepanjang lima tahun lalu, jumlah kerugian dicatatkan sudah mencecah RM14.3 bilion membabitkan 156,029 jumlah kes keseluruhan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan berikut,
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Berita Harian