Kuala Lumpur, 8 Januari 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berhenti menjalankan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin sehingga memperoleh sebarang petunjuk baharu yang boleh membantu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak polis akan meneruskan siasatan meskipun tiada perkembangan baharu ditemukan
setakat ini.
"Setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan, kita tidak pernah menghentikan siasatan ke atas kes ini.
"Siasatan masih diteruskan, sekiranya ada perkembangan baharu yang boleh dikongsikan kita akan kongsi, setakat ini tiada perkembangan baharu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama PDRM bersama
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bukit Aman hari ini.