Kita perlu mengakui negara berhadapan masalah defisit integriti dan tadbir urus sangat kritikal dalam semua sektor. Bilangan kes disiasat pihak berkuasa dan individu didakwa di mahkamah membuktikan rasuah serta penyelewengan menjadi lumrah dan berakar umbi.
Oleh itu, kita perlu fokus usaha membanteras rasuah dan meningkatkan amalan tadbir urus dari peringkat akar umbi dengan memberi keutamaan
kepada aspek pencegahan.
Walaupun mengambil masa, perancangan jangka panjang memberi pulangan lumayan satu hari kelak. Jangan lupa kota Rom tidak dibina dalam satu hari.
Dalam konteks ini, pihak berkuasa perlu memberi perhatian lebih kepada usaha memperkasa integriti dan tadbir urus dalam kalangan belia yang akan mewarisi kepemimpinan dan kecemerlangan negara.
Usaha menerapkan kesedaran dan proses pencegahan bersepadu perlu bermula dari peringkat sekolah hingga ke universiti, kemudian diteruskan majikan di organisasi awam serta swasta supaya akhirnya kita mampu melahirkan generasi membenci rasuah dan membudayakan amalan tadbir urus baik dalam kehidupan seharian.
Program berbentuk memupuk kesedaran masalah tadbir urus dan rasuah perlu diperbanyakkan di sekolah serta universiti baik secara formal mahupun tidak formal melalui pelaksanaan program pemerkasaan sahsiah diri.
Ikuti penulisan lanjut artikel ini oleh Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar,
Universiti Putra Malaysia, Encik Noor Mohamad Shakil Hameed mengenai usaha membanteras rasuah dan meningkatkan amalan tadbir urus dari peringkat akar umbi dengan memberi keutamaan kepada aspek pencegahan.