Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [ARTIKEL PILIHAN] PENIPUAN PELABURAN: POLIS SAHKAN TERIMA LAPORAN - PENGARAH JSJK

Kuala Lumpur, 12 Januari 2024 - Polis menerima laporan berkaitan penipuan pelaburan membabitkan 26 mangsa kerugian RM550,000 selepas melabur dalam sebuah syarikat kitar semula di Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama berkata siasatan awal mendapati kes tersebut menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, iaitu satu bidang kuasa di bawah pihak Suruhanjaya Sekuriti.

Beliau sehubungan itu, menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati apabila berurusan dengan pelaburan yang meragukan dan menyemak segala urusan pelaburan terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Sekuriti serta tidak menyertainya sewenang-wenangnya.

Seorang daripada mangsa Pang Kong Fen, 49 tahun, mendakwa dia dan beberapa rakan telah melabur dalam sebuah syarikat kitar semula yang menawarkan pulangan dividen yang lumayan serta dijanjikan saham berkenaan disenarai di sebuan pasaran saham terkemuka.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

PENIPUAN PELABURAN: POLIS SAHKAN TERIMA LAPORAN
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS