Orang ramai dijemput hadir ke Masjid Bukit Aman untuk mendengar Tazkirah, Khutbah dan Solat Jumaat di Masjid Bukit Aman pada hari ini jam 12.30 tengah hari.
Tazkirah Jumaat bertajuk ‘Kekeliruan Umat Inilah Jawapannya’ akan disampaikan oleh penceramah dan pendakwah bebas ASWAJA, Ustaz Engku Ahmad Fadzil Engku Ali. Manakala Khutbah Jumaat bertajuk 'Tuntutan Melunaskan Hutang’ akan disampaikan oleh Timbalan Pengarah (
Bahagian Agama & Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud bersama bilal bertugas, Inspektor Wan Safrie Oyong.
Tazkirah, Khutbah dan Solat Jumaat ini juga boleh ditonton menerusi Facebook serta Youtube Masjid Bukit Aman.