Menu

KPN RASMI PENUTUP 'RETREAT' PERANCANGAN DAN HALA TUJU JSJN MENJELANG TAHUN 2030


Bentong, 12 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini berbesar hati merasmikan Majlis Penutup 'Retreat' Perancangan dan Hala Tuju Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Menjelang Tahun 2030 di The Cheteau Spa dan Organic Wellness Resort Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang, di sini.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengarah JSJN, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur bersama Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula pada Selasa lalu melibatkan Ketua JSJN di seluruh negara telah membincangkan hala tuju jabatan berkenaan dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Berucap dalam majlis perasmian penutup, Tan Sri Razarudin berkata, dalam usaha menangani isu dadah yang tidak berkesudahan pastinya tanggungjawab besar terletak di bahu Polis Diraja Malaysia khususnya JSJN namun beliau meletakkan kepercayaan penuh kepada jabatan berkenaan agar sentiasa bergerak 'one step forward' dalam membanteras najis dadah menerusi operasi, serbuan mahupun tangkapan.

"JSJN perlulah kreatif menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan serta mencari solusi terbaik dalam memerangi isu dadah di negara ini," ujar beliau.

Selain itu, beliau turut merakamkan ucapan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada warga JSJN atas kejayaan yang diperolehi hasil daripada risikan serta ‘esprit de corps’ yang tinggi dalam kalangan warga Pasukan.

Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Timbalan Pengarah (Pengubahan Wang Haram/Siasatan Perakaunan Forensik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Dato' Muhammed Hasbullah Ali dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of 6 people

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 3 people and text that says 'R JABA ZO DARIPADA ASATAN JENAYAH NARKOT SDLA DIRAJA MALAYSIA RAZOR'

May be an image of 3 people, dais and text that says 'NGAI ASATAN JENAYAH NARKOTIK IS D AJA MYAYIA JA DISE NAKAN N SR AZARU USAIN KETU OLIS N 12 JAN ARA 2024 AAT)'

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people, suit and text

May be an image of 8 people and suit

May be an image of 10 people, suit and text

May be an image of 2 people and lighting

May be an image of 6 people and text that says 'ATAN SIASATAN JENAYAH NARKO POUS DIRAJA MALAYSIA DIS URNA MZA N HU �'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS