Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 14 MAT REMPIT DITAHAN DIBAWA SEMBAHYANG SUBUH BERJEMAAH

Sungai Buloh, 15 Januari 2024 - Pegawai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menerapkan nilai kerohanian kepada remaja yang melakukan kesalahan menunggang motosikal apabila mereka yang ditahan dibawa ke Surau Fazwina IPD Sungai Buloh untuk solat Subuh berjemaah.

Seramai 14 penunggang motosikal melakukan kesalahan trafik itu bersama-sama solat Subuh yang diimamkan Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Inspektor Che Hassan Ambok, kelmarin.
IPD Sungai Buloh dalam kenyataan di Facebook berkata, dalam operasi bermula jam 3 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota IPD Sungai Buloh dibantu anggota Balai Sungai Pelong menjalankan Operasi Pencegahan Samseng Jalan di Lebuh Raya Guthrie.

''Pendedahan kerohanian Beliau berkata, hasil operasi itu sebanyak 87 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, iaitu 108 penunggang motosikal diperiksa dengan 14 motosikal disita dan ditahan atas kesalahan tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai ekzos.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS