Menu

POSTING PILIHAN: TUJUH LALUAN DI BATU CAVES TUTUP MULAI 10 MALAM INI HINGGA SABTU

Gombak, 22 Januari 2024 - Tujuh jalan di sekitar Batu Caves di sini akan ditutup untuk semua kenderaan bermula jam 10 malam ini hingga Sabtu ini sempena sambutan Thaipusam.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan, berkata penutupan laluan itu bagi mengelak kesesakan aliran trafik di sekitar di Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves atau Kuil Batu Caves di sini yang dijangka dikunjungi dua juta penganut Hindu.
katanya, laluan yang terbabit penutupan adalah di simpang tiga Jalan Bunga Raya menghala Batu Caves, lampu isyarat Jalan Station (Batu Caves bypass) susur dari arah Bulatan Batu Caves (Jalan Lingkaran Tengah 2 atau MRR2) menghala ke Kuil Batu Caves dan susur dari Gombak (MRR2) menghala ke Kuil Batu Caves.
Selain itu, di simpang tiga Jalan SBC 8/Jalan Lama Batu Caves, Jalan Perusahaan menghala ke Kuil Batu Caves dan simpang tiga lampu isyarat Sri Batu Caves menghala keluar MRR2.

"Selain penutupan jalan, ada sesetengah lorong di beberapa laluan akan ditutup untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung ke Kuil Batu Caves.
"Bagi mengelak kesesakan, pengunjung dinasihat merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif untuk ke Kuil Batu Caves selain meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan.

"Mereka juga digalak menggunakan perkhidmatan awam dengan tambang percuma Rapid KL dan komuter bermula 24 hingga 25 Januari ini," katanya pada sidang media di Pusat Operasi Polis di Kuil Batu Caves di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut,

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS