Kuantan, 25 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin hari ini meneruskan program penyampaian sumbangan kebajikan ke kontinjen pantai timur dengan menyantuni anak-anak yatim serta balu warga Polis Kontinjen
Pahang.