Menu

ARTIKEL PILIHAN: MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA KEBERANGKATAN BALIK YDPA PADA SELASA

Kuala Lumpur, 28 Januari 2024 - Tujuh laluan di sekitar ibu negara akan terlibat dengan penutupan penuh manakala 13 laluan akan ditutup secara berperingkat pada Selasa ini sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri dalam kenyataan hari ini berkata, jalan yang terlibat penutupan penuh bermula pada 9 pagi dan dibuka secara berperingkat adalah Jalan Damansara ke arah Jalan Parlimen (dari arah Istana Lama) dan Jalan Sultan Abdul Halim ke arah Jalan Parlimen.
Turut ditutup, Lebuhraya Sultan Iskandar ke arah Jalan Parlimen, Jalan Kuching ke arah Bulatan Dato' Onn, Jalan Salahudin ke arah Bulatan Dato' Onn, Jalan Kuching/Jalan Sultan Ismail ke arah Bulatan Dato' Onn dan Jalan Tun Perak ke arah Bulatan Dato' Onn.
Jalan yang terlibat penutupan sementara bermula pada 9 pagi dan dibuka secara berperingkat adalah Lebuhraya Sultan Iskandar ke arah Jalan Damansara, Jalan Travers ke arah Jalan Damansara (dari arah Muzium Negara), Jalan Sultan Hishamuddin ke arah Jalan Damansara (dari arah Bulatan Hishamuddin), Jalan Tun Sambathan ke arah Jalan Damansara, Jalan Syed Putra ke arah Jalan Istana, Jalan Dewan Bahasa ke arah Jalan Istana, Jalan Sungai Besi ke arah KL-Seremban Expressway, Lingkaran Tengah/Jalan Connaught dari arah Lebuhraya Syed Putra.
Selain itu, New Pantai Expressway (NPE) dari arah Pantai Dalam, Maju Expressway dari arah Tol Salak South, KESAS Highway dari arah Sungai Besi, KESAS Highway dari arah KL/Seremban Expressway dan SUKOM Interchange ke arah KESAS Highway.
“Susulan itu, JSPT Kuala Lumpur akan menempatkan 91 kekuatan yang terdiri daripada pegawai kanan dan pegawai rendah polis pada hari berkenaan bagi mengawal lalu lintas agar istiadat dapat berlangsung dengan jayanya,“ kata beliau.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2266236

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS