Menu

HEBAHAN: PENGURANGAN KADAR KOMPAUN SAMAN TRAFIK 50% DI POD 2024

Sempena Putrajaya Open Day (POD) 2024 yang diadakan pada hari ini sehingga 4 Februari 2024, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran kompaun saman trafik sebanyak 50% bagi kesalahan terpilih, bertempat di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan awal melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM bagi melancarkan proses pembayaran saman anda nanti.

Jangan lepaskan peluang dan kongsikan info ini kepada keluarga, rakan dan kenalan anda.

Jom ke Kaunter Saman PDRM dan nikmati pengurangan saman trafik sebanyak 50%! 🚨🚨🚨

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS