Kuala Lumpur, 5 Februari 2024 - Jenayah penipuan dalam talian mencatatkan sebanyak 125,387 kes dengan nilai kerugian yang dialami mangsa lebih RM4.17 bilion dalam tempoh lima tahun sejak 2019.
Kes ini melibatkan jenayah telekomunikasi, jenayah e-kewangan, "love scam", jenayah e-dagang, serta pinjaman dan pelaburan tidak wujud.
Berdasarkan kiraan yang dibuat dalam tempoh sehingga tahun 2023 itu, sebanyak 68 kes direkodkan sehari. Untuk tempoh satu jam pula sekurang-kurangnya dua kes dicatatkan.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bagi tahun 2019, sebanyak 17,668 kes dilaporkan dengan kerugian berjumlah lebih RM769 juta.
Katanya, tahun berikutnya jumlah kes mencatatkan peningkatan laitu 21,488 kes dengan kerugian RM657 juta, manakala tahun 2021 merekodkan 26,257 kes membabitkan kerugian RM698 juta.
"Untuk tahun 2022, JSJK menerima 25,479 kes melibatkan kerugian RM851 juta.
"Jumlah kerugian pada tahun 2023 akibat jenayah penipuan online ini terus melonjak ke angka tertinggi iaitu mencecah RM1.2 bilion dengan 34,495 kes," katanya eksklusif kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.