Menu

KPN RASMI PELANCARAN OP SELAMAT 21 DAN VSP 2.0 TAHUN BAHARU CINA


Subang, 7 Februari 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini merasmikan Majlis Pelancaran Op Selamat 21 dan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) 2.0 Tahun Baharu Cina di Dewan Banquet Persada PLUS, di sini.

Bersempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada kali ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Selamat 21 di seluruh negara melibatkan seramai 6,559 pegawai polis, bermula dari 8 sehingga 13 Februari 2024. Dengan mengekalkan tema yang sama iaitu ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’, PDRM terus menumpukan usaha untuk meminimumkan kemalangan jalan raya serta memastikan kelancaran trafik dan mencegah jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.

PDRM menerusi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menyasarkan 18 lokasi “hotspot” dan 46 lokasi “blackspot” di semua lebuh raya utama. Manakala bagi kontinjen dan daerah pula, sebanyak 407 lokasi “hotspot” dan 76 lokasi “blackspot” telah dikenal pasti.

Tan Sri Razarudin dalam ucapannya berkata, bagi mengurangkan kes kemalangan, JSPT terus komited memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin serta aliran trafik berjalan lancar. “Total Enforcement and Delivery Services” akan dipertingkatkan termasuklah memberi perkhidmatan kepada masyarakat khususnya untuk menyuraikan kesesakan dan memberi bantuan sekiranya berlaku sebarang permasalahan di jalan raya.

“JSPT akan digerakkan secara agresif meliputi elemen “Expressway Mobile Patrol Vehicle”, Unit Siasatan Lebuhraya dan Unit Risikan/Operasi di semua daerah serta kontinjen di seluruh negara. JSPT turut dibantu oleh Unit Dron Pasukan Gerakan Udara PDRM dalam menjalankan pemantauan udara di tiga zon utama iaitu zon Utara, Selatan dan Timur," katanya lagi.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”. Sesungguhnya, PDRM amat mengharapkan kerjasama ahli masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah sepanjang tempoh Op Selamat ini. Jadilah ‘mata dan telinga’ kepada PDRM di samping memaklumkan pergerakan menerusi Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh didapati di balai polis berhampiran atau mendapatkannya menerusi aplikasi VSP 2.0 yang telah dinaik taraf serta berwajah baharu yang lebih mesra pengguna, tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Tan Sri Razarudin menjelaskan bahawa “Community Oriented Policing and Smart Partnership” adalah elemen dalam merapatkan jurang antara polis dan masyarakat. Menerusi pendekatan ini, VSP dijadikan medium perantara bagi usaha pencegahan jenayah melalui penyaluran maklumat secara atas talian dengan lebih komprehensif.

Hadir memeriahkan majlis pelancaran tadi ialah Pengarah JSPT, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur bersama Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din serta Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Ir. Sazali Harun, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan barisan rakan strategik pelancaran Op Selamat 21.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of 8 people, scooter and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 8 people, television, speaker and text

May be an image of speaker and text

May be an image of dais

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 8 people

May be an image of 12 people and text

May be an image of 13 people and text

May be an image of 8 people, car and text

May be an image of 9 people, ambulance and text

May be an image of 7 people and people playing football

May be an image of 6 people, lighting, television, speaker, newsroom and text

May be an image of 3 people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS