Menu

OP SELAMAT 21: KPN TINJAU ALIRAN TRAFIK MELALUI UDARA

Subang Jaya, 9 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi turun padang meninjau aliran trafik dan keadaan lalu lintas melalui udara sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dalam pelaksanaan Op Selamat 21.

Tinjauan udara di Zon Tengah menggunakan helikopter Agusta Westland (AW) 139 milik Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia telah diketuai oleh Juruterbang, Superintendan Thiyagarajan Mariappan dengan dibantu Penolong Juruterbang, ASP Muhammad Amir Isa bersama dua Pemerhati Udara, SM Luqman Aminuddin dan Sarjan Mohamad Syaufiq Hamdan.

Pemerhatian di lebuh raya utama Kuala Lumpur dan Selangor meliputi pintu keluar utama dari pusat bandar seperti Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Sungai Besi setakat jam 5.00 petang tadi didapati aliran trafik di laluan-laluan utama masih lancar dan kenderaan di atas jalan raya dijangka bertambah pada sebelah malam ekoran orang ramai mula melakukan perjalanan pulang ke kampung menjelang perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin yang tiba di PGU Pangkalan Semenanjung sekitar jam 2.30 petang telah disambut oleh Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri bersama Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.

Hadir sama dalam tinjauan yang dilakukan ialah Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Timbalan Komander (Kejuruteraan) PGU Bukit Aman, SAC Noryazid Abd Rahman, Pemangku Komander Pangkalan Semenanjung PGU, Superintendan Shahrul Faizi Hamzah dan Ketua Penolong Pengarah Kawalan Lalulintas JSPT Bukit Aman, Superintendan Mohd Yatim Hj. Osman serta Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JSPT Bukit Aman, Superintendan Khairul Azhar Ismail.

Op Selamat 21 yang bermula dari 8 sehingga 13 Februari 2024 melibatkan 6,559 pegawai polis dan pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasa lain antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Jurugambar: Koperal Muhammad Izqhar Zainal Ibidin, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamaruddin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

Mungkin imej 1 orang, helikopter dan teks

Mungkin imej 3 orang dan helikopter

Mungkin imej 11 orang dan kapal terbang

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 4 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 2 orang, helikopter, ambulans dan teks

Mungkin imej 1 orang dan helikopter


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS