Kuala Lumpur, 9 Februari 2024 - Bekas pegawai tinggi kerajaan akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pemberian kemudahan 'Payment Gateway' (FPX) kepada sindiket perjudian dalam talian.
Difahamkan, individu terbabit memberikan kelulusan kepada syarikat perjudian dalam talian ketika berkhidmat di sebuah kementerian.
Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, DCP Dato' Mohammed Hasbullah Ali berkata, individu berkenaan dipercayai menjual lesen untuk kegunaan syarikat berkenaan.
"Kita akan panggil bagi membantu siasatan, surat berkenaan ditandatangani oleh beliau yang memberi kelulusan sebagai syarikat pemberi perkhidmatan dalam talian," katanya ketika ditemui, hari ini.
Mengulas berhubung siasatan sindiket kemudahan FPX, beliau berkata, siasatan kini sudah memasuki fasa kedua dan akan memfokuskan operator perjudian dalam talian.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,