Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan satu mesyuarat khas di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam itu turut dihadiri Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Agenda mesyuarat memfokuskan kepada mobiliti perjawatan khususnya melibatkan penyelia dan berharap agar kesemua Pengarah Jabatan PDRM dapat memetakan hala tuju jabatan masing-masing dalam aspek mobiliti penyelia.
Sumber: TikTok PDRMsiaOfficial