Menu

KPN RASMI BANGUNAN PERSENJATAAN BATALION 1 PGA BERNILAI LEBIH RM6 JUTA

Ipoh, 14 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini merasmikan Bangunan Persenjataan Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) bernilai RM6.9 juta dekat Ulu Kinta, di sini.

Bangunan yang didirikan dalam Markas Briged Utara PGA itu mula dibina pada 5 Februari 2021 di atas tanah berkeluasan 7,300 persegi dan siap sepenuhnya pada 7 Jun tahun lalu.
Selain dilengkapi dengan ciri-ciri moden dan terkini, bangunan dua tingkat itu juga dilengkapi dengan blok pentabiran dan "Army Mechanical Rifle Armanent" atau lebih dikenali sebagai AMRA serta bengkel pengurusan senjata yang lebih selamat.

Seusai majlis perasmian tadi, Tan Sri Razarudin yang diiringi Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd yusri Hj. Hassan Basri turut meluangkan masa melawat berek Briged Utara PGA yang telah diubah suai bagi keselesaan anggota-anggotanya.

Terdahulu, satu majlis ringkas menanam pokok durian jenis "Black Thorn" telah disempurnakan oleh Tan Sri Razarudin di perkarangan Kompleks Taktikal Skuadron milik 69 Komando sebagai simbolik lawatan beliau.

Hadir sama, Komander PGU, DCP Dato' Noor Sham Md Jani, Komander Briged Utara PGA, SAC Shahrum Hashim, barisan Komander Pasukan dan rakan-rakan media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Bin Fairuz Khan

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 2 people, speaker and text

May be an image of 2 people, speaker and text

May be an image of 14 people and text

May be an image of 8 people

May be an image of 4 people and text

May be an image of 2 people

May be an image of 5 people and text

May be an image of 7 people

May be an image of 6 people, tree and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 4 people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS