Kuala Lumpur, 17 Februari 2024 - Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini merekodkan penurunan jumlah kemalangan sebanyak 8,501 kes iaitu menurun 906 kes (10 peratus) berbanding Op Selamat 10/2023 sebanyak 9,407 kes.
“Jumlah kematian merekodkan penurunan sebanyak sembilan orang di mana Op Selamat 21/2024 mencatat 91 orang berbanding Op Selamat 19/2023 sebanyak 100 orang,” katanya dalam sidang akhbar sempena penutupan Op Selamat 21, di sini, semalam.