Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mendekati para pengadu dan mangsa kes dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kubang Pasu, Kedah.
Tan Sri Razarudin dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik untuk mendengar sendiri permasalahan mereka berhubung status laporan polis yang masih dalam tindakan.
"Saya berkesempatan mendengar pelbagai perkara yang telah mereka (pengadu) bangkitkan berkaitan siasatan yang sedang dilaksanakan oleh para pegawai penyiasat. Ini termasuklah beberapa "cold cases" yang mungkin dianggap tidak lagi menjadi keutamaan dalam siasatan pihak polis.
"Suka untuk saya maklum dan mengingatkan semua para pegawai penyiasat agar sentiasa melaksanakan siasatan dengan telus, berhemah, penuh amanah dan sedaya upaya membantu masyarakat di sekeliling kita, selari dengan slogan yang kita banggakan, 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'," ujar beliau.