Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir merasmikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bilangan 1/2024 di Dewan KPN,
Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur (KL), Cheras.
Dalam majlis yang sama, Tan Sri Razarudin turut berbesar hati menyaksikan penyerahan Buku Laporan Pasukan Operasi DVI Insiden Pesawat Terhempas di Lebuhraya
Elmina East, Shah Alam di antara Pengarah JSJ, Dato' Sri Mohd Shuhaily dengan Komandan Maktab PDRM KL, DCP Datuk Abu Samah Mohd Noor.
Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah JSJ Bukit Aman, Ketua-ketua Pusat Pengajian Maktab PDRM KL dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.
Sumber: Tiktok PDRMsiaOfficial