Menu

HEBAHAN: KEMPEN BAYAR SAMAN SEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT ZON TENGAH

Jom dapatkan pengurangan saman trafik sehingga 50%! 🚨🚨🚨

Hari: Jumaat sehingga Ahad

Tarikh: 23 sehingga 25 Februari 2024
Lokasi: Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor

Anda yang mempunyai saman terpilih boleh mendapatkan sehingga 50% pengurangan saman trafik, kecuali saman kesalahan lalu lintas yang melibatkan:

A) Saman kemalangan
B) Kes mahkamah yang masih dalam perbicaraan
C) Kesalahan berkaitan kenderaan berat
D) Memotong secara merbahaya
E) Menggunakan lorong kecemasan
F) Tidak mematuhi isyarat lampu merah
G) Memotong garisan berkembar
H) Kesalahan pengubahsuaian ekzos
I) Saman berstatus Op Selamat
J) Kesalahan tidak boleh dikompaun. Contohnya: tiada lesen memandu, pandu tidak cermat, guna lesen tamat tempoh dan kenderaan tiada insurans.

Orang ramai boleh membuat pembayaran saman hanya di tapak program tersebut.

Sumber: Malaysia MADANI

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS