Menu

ARTIKEL PILIHAN: POLIS SIASAT KES SEBAR NOTA DIPLOMATIK BERTARAF SULIT - KPN

Kuala Lumpur, 25 Februari 2024 - Polis menjalankan siasatan berkenaan penyebaran satu salinan Nota Diplomatik bertaraf sulit yang diterima oleh Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan polis dibuat oleh Pegawai Tadbir Diplomatik, Kementerian Luar Negeri di Balai Polis Melaka Tengah pada 22 Februari lalu.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan (pendedahan maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).

"Polis juga sudah merakam percakapan pengadu di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini," katanya pada Ahad.

Tambah Tan Sri Razarudin, pihaknya juga akan mengenal pasti saksi-saksi yang lain bagi membantu siasatan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,


https://www.sinarharian.com.my/article/651314/berita/semasa/polis-siasat-kes-sebar-nota-diplomatik-bertaraf-sulit?fbclid=IwAR157SWBCMRXhHXR4ATUaIN1TCzi0YCbZkUXhMCm3__JJKvQbxJADBxRV3A
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS