Petaling Jaya, 29 Februari 2024 - Tawaran pelaburan patuh syariah menggunakan personaliti tertentu semata-mata tanpa mengetahui perniagaan yang dijalankan, 90 peratus dikhuatiri penipuan.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, modus operandi yang digunakan adalah dengan berkongsi beratus testimoni daripada pelabur tertentu beserta gambar timbunan wang dan pmas kononnya hasii pulangan keuntungan pelaburan dianjurkan.
Beliau berkata, sindiket penipuan itu kemudiannya akan meyakinkan mangsa dengan mengatakan pelaburan dibuat adalah patuh syariah sehingga mangsa-mangsa terperdaya.
“Masyarakat perlu tahu, jangan mudah percaya gambar duit yang mana-mana syarikat atau individu tunjuk di dalam media sosial kononnya hasil pelaburan. Itu hanya taktik sindiket mengaburi mangsa.