Kuala Muda, 29 Februari 2024 - Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia mengakhiri siri lawatan kebajikan mereka di Berek Balai Polis Tikam Baru, di sini hari ini.
Lawatan yang diketuai oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman berkesempatan menyantuni anak kepada anggota Koperal Mohd Shafiq Tukiran, adik Nur Ayra Shakira Mohd Shafiq, 6 tahun telah menghidap penyakit Leukemia sejak empat tahun lalu dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Terdahulu, Puan Sri Zainah telah meluangkan masa menziarahi Cik Aziana Shaari di Kampung Bakar Bata, Pinang Tunggal, Tikam Batu yang menderita lumpuh separuh badan kerana terlibat dalam kemalangan 10 tahun lalu.
Turut hadir, Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (
JSPT), Datin Nassariah Mohd Nassir serta Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, ACP Wong Ting Lee.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.