Lawatan yang diketuai oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman ke rumah anak yatim berkenaan telah disambut oleh Pegawai
Daerah Tanah Kuala Muda, Tuan Ilias Shuib bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil Daerah
Kuala Muda, Puan Nazwa Rosli.
Dalam lawatan itu, Puan Sri Zainah telah menyampaikan sumbangan kepada 12 orang anak yatim berupa barangan 'back to school' sebagai persediaan mereka untuk menjalani sesi persekolahan pada awal Mac hadapan.
Lawatan itu juga merupakan Program Komuniti MADANI di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bagi mendokong usaha memartabat ekonomi komuniti.
Hadir sama, Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (
JSPT), Datin Nassariah Mohd Nassir serta Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, ACP Wong Ting Lee.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.