Menu

INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU TIDAK LEKANG DARI INGATAN

Hari ini, tanggal 1 Mac 2024, genaplah sebelas tahun insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada 1 dan 2 Mac 2013 yang mengorbankan 10 wira negara ketika mempertahankan kedaulatan tanah air.

Sesungguhnya, peristiwa penuh tragedi itu tidak mungkin akan luput dari ingatan kita semua, khasnya warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
Hinggalah ke hujung nyawa, merekalah wira-wira negara berpegang teguh pada janji, tiada sesiapapun boleh merampas tanah tumpah darah kami ini!

Wira-wira yang terkorban ketika pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah:
1. Allahyarham ASP Zulkifli Mamat
2. Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud

Wira-wira yang terkorban ketika pertempuran di Kampung Simunul, Semporna, Sabah:

1. Allahyarham ACP Ibrahim Lebar
2. Mendiang DSP Michael Padel
3. Allahyarham Sarjan Mejar Detektif Baharin Hamit
4. Allahyarham Sarjan Mejar Aziz Sarikun
5. Allahyarham Sarjan Sokongan Salam Togiran
6. Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran

Damailah wahai perwira negara di negeri yang abadi. Terima kasih jua atas segala jasa, budi dan pengorbanan yang ditaburkan. Pastinya akan kami kenang dan perjuangkan buat selama-lamanya.

Al-Fatihah dan Salam Takziah.

May be an image of 8 people and text that says 'Terbitan Konsep: Urus tiaKP Korporat) INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU DAN SEMPORNA, SABAH SUPT G/10768 IBRAHIM BIN LEBAR ASP. G/15053 MICHAEL AK PADEL ZULKIFLI MAMAT SJN/D 10204 BAHARIN HAMIT SJN 124082 KPL113088 ABD. AZIS SARIKON SABARUDDINB. .DAUD AZRUL TUKIRAN SALAMBN TOGIRAN Bior Jasa Jadi Kenangan Al-Fatihah & Salam Takziah Polis Diraja Malaysia pdrmsia official PDRMsla PDRMsla PDRMsia Official よ pdrmsia rasmi'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS