Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH PENGURUSAN ADAKAN LAWATAN KERJA KE ESSCOM

Lahad Datu, 1 Mac 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), di sini, tadi pagi.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Komander Eastern Command, Brigedier Jeneral Ts. Hj. Roslan Hj. Mat Saad.
Dalam lawatan tersebut beliau telah diberikan taklimat mengenai situasi keselamatan di samping bertukar pandangan dan maklumat mengenai pengoperasian pasukan keselamatan di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Pahlawan Anuar Othman, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais dan barisan Ketua Staff ESSCOM.

Sumber: Eastern Sabah Security Command

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS