Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan Program PDRM Bersama Masyarakat Sempena Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2024 anjuran
Majlis Sukan PDRM dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Johor yang akan diadakan pada:

Hari : Isnin hingga Jumaat (4 hingga 8 Mac 2024)
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat: Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru
Pelbagai program dan aktiviti menarik tersedia buat para pengunjung. Antaranya kaunter pengurangan bayaran saman PDRM sehingga 50% bagi kesalahan terpilih (7 hingga 8 Mac 2024), cabutan bertuah, pameran Jabatan PDRM dan Agensi Kerajaan, jualan produk dan pemeriksaan kesihatan, gerai makanan, sesi bersama “influencer” TikTok, “brass band” serta Kombo PDRM.
Pengunjung juga boleh hadir memberi sorakan kepada enam acara sukan PDRM dipertandingkan iaitu ragbi, hoki, bola sepak, basikal, tarik tali dan olahraga di beberapa lokasi yang dinyatakan.