Kuala Lumpur, 2 Mac 2024 - Lancar operasi mega bagi melumpuhkan kegiatan penyeludupan, penjualan dan menyimpan pelbagai spesies hidupan liar dilindungi secara haram di negara ini.
Itu antara ‘perang' berterusan dilakukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia bagi membenteras sindiket, syarikat atau individu yang dikesan memiliki trofi atau hidupan liar secara tidak
sah.
Ketua Pengarah PERHILITAN, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi pihaknya dipergiatkan setiap minggu bagi memastikan jenayah hidupan liar dapat dikurangkan ke tahap minimum.
Sementara itu, dalam satu lagi serbuan berasingan melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), pihak PERHILITAN dan Polis Diraja Malaysia menyerbu sebuah kediaman di Meru, Selangor, malam kelmarin.
“Seorang lelaki tempatan berusia 40-an ditahan untuk soal siasat sebelum pihak kami merampas seekor ular ‘ball phyton’, seekor labah-labah Tarantula, musang pandan dan sembilan burung spesies murai batu, ruak-ruak, daun, serindit, punai dan ‘fisher's lovebird’
“Lelaki itu gagal menunjukkan sebarang surat atau dokumen sah bagi memiliki semua haiwan itu yang dianggarkan bernilai RM75,000. Siasatan masih dilakukan sama ada suspek menjalankan kegiatan menjual semua hidupan liar dilindungi itu,” katanya.