Menu

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM DSP HAZRI MOHAMAD

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham DSP Hazri Mohamad yang telah meninggal dunia akibat Kanser Pankreas di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban hari ini.

Allahyarham yang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Rembau, Negeri Sembilan, telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam PDRM.

Didoakan agar roh Allahyarham DSP Hazri Mohamad dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS