Johor Bahru, 6 Mac 2024 - Pasukan ragbi Kontinjen
Selangor muncul juara dalam Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2024 yang berlangsung dekat Stadium Ragbi Mount Austin, di sini.
Kontinjen Selangor menewaskan Kontinjen Kuala Lumpur 12-10 dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang semalam.
Sementara itu Kontinjen Bukit Aman dan
Pahang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat dengan mata 28-0.
Piala disampaikan oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen
Johor, SAC Chuah Yong Huat yang mewakili Ketua Polis Johor dalam acara penutup yang berlangsung penuh gilang-gemilang di stadium sama.
Terdahulu dalam aksi akhir kategori “plate” pasukan ragbi pilihan, PSP menepati ramalan muncul juara diikuti kategori “bowl” yang menjadikan Kontinjen
Pulau Pinang dengan Kontinjen
Sabah selaku johan bersama.
Turut dipertandingkan ialah kategori “shield” dalam saingan akhir apabila berjaya meletakkan Pasukan 69 Komando selaku johan setelah menundukkan Kontinjen
Negeri Sembilan.
Selain itu, bagi kategori “spoon”menyaksikan Kontinjen
Kedah berjaya menewaskan Kontinjen
Terengganu 5-0.
Lebih manis dalam acara akhir ragbi yang dipertandingkan, juri menobatkan Konstabel Mohd Daim Zainudin dari Kontinjen Selangor sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.